Showing posts with label Dunia Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Dunia Akhir Zaman. Show all posts

08 January 2014

Dunia Akhir Zaman : Anak 'LIBAS" Emak Sendiri Dengan Parang


SEREMBAN – “Kenapa kamu libas emak kamu dengan parang? Dia yang melahirkan kamu dan saya mahu selepas ini kamu meminta maaf kepada dia” kata Majistret Muhammad Izuan Mohamed Noh sebelum menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara terhadap Amirullah Sendreng, 23, atas kesalahan mencederakan ibunya dalam kejadian Jun lalu.

Terdahulu, Amirullah yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan membuat pengakuan bersalah mendatangkan cedera parah terhadap Roslina Hassan, 54, dengan cara menumbuk lengan kirinya sehingga menyebabkan keretakan.

14 September 2013

Seronok Dan Lega Bila Tahu Ibu Dah Mati




Jika orang lain sedih kerana kematian ibu, seorang lelaki di Reno pula menyanyi kegirangan dan menulis obituari yang kejam untuk memperingati wanita itu. Patrick Reddick, 58, berkata, dia tersenyum dan berasa sangat lega apabila mendapat tahu ibunya, Marianne Theresa Johnson-Reddick, 78, meninggal dunia pada 30 Ogos lalu. Ketika terlantar di katil hospital di hari-hari terakhir hidup Marianne, Reddick pergi melawat ibunya.

Bagaimanapun, sebelum tiba dia meminta doktor memberikan ubat pelali kepada wanita terbabit dan dia pula berkaca mata mengelak daripada dikenali ibunya. Kata Reddick, apabila menyedari bahawa ibunya sudah tiada lagi di dunia ini, dia dapat tidur dengan lena kerana ketakutannya selama ini benar-benar berakhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...