Para penyokong Anwar,
menjadikan laman-laman sosial sebagai medan untuk menyerang Ketua Pemuda Pas
ekoran ancaman kenyataan Pemuda Pas Selangor yang akan memboikot Pilihan raya Kecil
Kajang sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan bertulis yang munasabah
terhadap pengosongan kerusi DUN itu.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum
ini Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, sekiranya PKR gagal
memberikan penjelasan, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya
tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.
