Showing posts with label Pemuda Pas. Show all posts
Showing posts with label Pemuda Pas. Show all posts

29 January 2014

@DPPMalaysia @dppns @suhaizankayat Boikot #PRKKajang : Penyokong Anwar Serang Pemuda Pas



Para penyokong Anwar, menjadikan laman-laman sosial sebagai medan untuk menyerang Ketua Pemuda Pas ekoran ancaman kenyataan Pemuda Pas Selangor yang akan memboikot Pilihan raya Kecil Kajang sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan bertulis yang munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

@Tantawi100 @dewanulamakpas @anwaribrahim @AzminAli Nasruddin Dakwa PRK Kajang HARAM, Khianat Amanah Rakyat



Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan untuk meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...