Showing posts with label MDKP. Show all posts
Showing posts with label MDKP. Show all posts

09 September 2013

Port Sunyi Jadi Sarang Maksiat Remaja



Aksi pasangan kekasih ketika diserbu anggota polis yang dirakamkan penduduk.

Sebuah pentas tersorok bersebelahan Dewan Datuk Bahaman Shamsudin, di sini, dijadikan 'port' pasangan remaja melakukan aktiviti kurang sopan. Lokasi yang terletak berhampiran gelanggang bola keranjang itu didakwa penduduk sering menjadi tumpuan remaja melepak yang boleh mengundang gejala tidak sihat.

Malah, dalam kes terbaru, sepasang kasih tidak segan silu bermadu kasih sebelum sepasukan anggota polis tiba dan membuat pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, polis melakukan pemeriksaan berkenaan selepas menerima aduan orang ramai berhubung pasangan yang menjadikan pentas berkenaan untuk kegiatan tidak bermoral.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...