 |
Ibu Najwa, Norhayati Md Yusof, 44, menunjukkan bagaimana kepala anaknya dihentak dengan buku teks. |
Ibu bapa kepada dua pelajar sebuah sekolah
menengah di sini, kesal dengan tindakan seorang guru lelaki menampar dan
menghentak kepada anaknya dengan buku teks, Sabtu lalu.
Dalam kejadian itu, Izzul Fahmi Zainal, 15,
dan Nur Najwa Najihah Mohd Shah, 13, masing-masing pelajar tingkatan tiga dan
satu, juga dihukum guru pendidikan jasmani itu hanya disebabkan tidak menegur
guru berkenaan ketika bertemu di Dataran Keris di sini, 1 September lalu.
Ibu Izzul, Zurina Ibrahim, 40, berkata,
sebelum kejadian, anaknya bersama tiga rakan sedang duduk atas pentas Dataran
Keris sebelum dilihat guru berkenaan yang kebetulan berada di situ.