Bekas tentera, Lucy
Vallender menjadi maknyah pertama di Britain yang memeluk Islam dan telah
berkahwin dengan seorang lelaki, Murad, yang dikenalinya melalui media sosial. Murad
bagaimanapun tidak mengetahui bahawa Lucy adalah lelaki ketika berkenalan. Namun
kini Lucy telah diharamkan daripada memasuki masjid selepas dia enggan
bersembahyang dalam saf lelaki.
“Saya mempunyai
naluri perempuan sejak berusia 14 tahun dan telah melakukan pelbagai perkara
untuk melupakan naluri berkenaan, namun gagal. Saya kemudiannya menyertai
tentera sebagai cubaan akhir untuk melupakan keadaan itu, namun ternyata ia
juga gagal,’’ katanya.
Lucy berkata, dia
pernah mempunyai teman wanita, namun hatinya tidak dapat menerima wanita
tersebut menyebabkan dia mula menjalani terapi hormon dan menjalani pembedahan
tukar jantina. Dia kemudiannya memeluk Islam pada bulan September lalu kerana
agama Islam mengajar manusia mengenai erti keamanan.
“Saya melakukannya
kerana ia adalah agama yang mendamaikan dan saya gembira kerana memeluk
Islam,’’ katanya.
Lucy kemudiannya
mengahwini Murad dalam satu majlis ringkas.
“Saya sayangkan dia.
Kami hanya bertemu dua kali selepas berkahwin. Saya tidak memberitahunya bahawa
saya menjalani pembedahan tukar jantina.
“Tapi saya tahu dia
mengetahuinya kerana pernah melihat parut saya,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment