Kejayaan DAP mengukuhkan
kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu
menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk. Malah
sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang
dikaitkan dengan isu rasisme.
Daripada isu kematian
suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada
isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat
dari kaca mata perkauman oleh pembangkang.
Setelah Dap mengekalkan
kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada
persoalan perkauman menjadi bertambah serius. Isu kecil yang membabitkan kantin
sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi
isu perkauman yang besar.
Sekolah tidak lagi
menjadi medan memberi pelajaran kepada anak-anak tanpa mengira bangsa atau
agama tetapi telah dieksploitasi menjadi gelanggang politik oleh pembangkang. Yang
menjadi mangsa adalah murid-murid sendiri yang diibaratkan sehelai kain putih
yang bersih dan tidak dicemari oleh politik jijik yang di bawa oleh pakatan
pembangkang.
Pembangkang tidak
mempunyai nilai moral atau etika sehingga sekolah dan pusat pengajian tinggi
pun sanggup dikorbankan bagi agenda politik mereka. Isu terbaru yang ingin
dijadikan bahan perkauman oleh pembangkang ialah berhubung kuil Hindu Sri
Muneswaran Kaliyaman di Jalan P. Ramlee.
Kedatangan anggota
penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dihalang oleh
penyokong-penyokong pembangkang yang menganggap kehadiran pihak berkuasa adalah
untuk meroboh kuil berusia 101 tahun itu. Malah menyedihkan Ketua Pemuda MIC,
T. Mohan dan anggota parti itu juga turut bersama pembangkang terbabit kononnya
untuk menyelamatkan kuil tersebut.
Kedudukan sebenar
tidak dinyatakan oleh pembangkang dan MIC tetapi mereka lebih bersikap emosi
dan perkauman. Malah Mohan menuntut agar Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan
berhubung isu itu.
Dalam kenyataan dan
penjelasannya kepada pihak media dan blogger, Tengku Adnan menjelaskan DBKL
sesekali tidak berniat untuk merobohkan kuil tersebut. Apa yang ingin dilakukan
oleh DBKL ialah merobohkan sebuah restoran haram yang terletak di dalam kuil
tersebut.
Dari segi
undang-undang, tempat agama seperti kuil, tokong, gereja hatta masjid sekali
pun tidak boleh menempatkan premis perniagaan seperti restoran. Tempat ini
adalah semata-mata untuk tujuan ibadat dan tidak boleh disalahgunakan sebagai
lokasi perniagaan.
Di dalam kes kuil
tersebut, restoran haram itu telah menjadi tempat persinggahan dan berhimpun
kumpulan-kumpulan gengster India. Inilah yang merisaukan penganut Hindu yang
datang ke kuil itu untuk melakukan upacara sembahyang.
Tindakan tegas pihak
polis membanteras kumpulan samseng dan gengster melalui Ops Cantas Khas telah
menunjukkan impak yang positif dan dipuji rakyat. Apatah lagi jika premis kuil
dijadikan markas kumpulan gengster, maka pihak polis tidak akan berkompromi
sama sekali demi keselamatan awam.
Bagaimanapun
pembangkang telah menggunakan isu ini untuk menuduh kerajaan bersikap zalim
malah perkauman untuk menindas kaum India walhal niat sebenar adalah untuk
mengelakkan gejala gengsterisme di kuil tersebut.
Kerajaan tidak perlu
apologetik dalam hal ini kerana ia dilakukan berlandaskan undang-undang dan
bagi mencapai tujuan yang lebih besar iaitu menjaga keselamatan rakyat. Ops
Cantas Khas perlu diperluaskan lagi bagi menyaring semua tempat-tempat ibadat
bagi memastikan ianya tidak disalahgunakan untuk menjalankan kegiatan yang
bertentangan dengan undang-undang negara.
No comments:
Post a Comment