Showing posts with label Masih Aku Cinta. Show all posts
Showing posts with label Masih Aku Cinta. Show all posts

14 September 2013

Shila Amzah Buat Lagu Untuk Sharnaaz @Shilaamzah @SharnaazAhmad




Penyanyi Shila Amzah lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kisah cinta lalunya dengan Sharnaaz Ahmad apabila menghasilkan lagu mengenai hubungan mereka itu. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perjalanan dalam dirinya diibaratkan seperti sebuah diari dan tidak salah untuk dia berkongsi kisah tersebut dengan peminat.

“Saya akui ada beberapa lagu saya tulis tentang hubungan saya dengan Sharnaaz dan rasanya tidak salah jika saya bersikap terbuka mengenai perkara itu untuk dikongsi bersama para peminat tentang apa yang saya lalui ketika itu,” katanya.

31 August 2013

Shila Amzah Risau Dituduh Rampas Johan As'ari




"Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As'ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini. Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah Johan. 

"Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham," ujar Shila mengulas tentang gosip terbarunya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...