Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts
Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts

01 September 2013

Kelab Hiburan Anjur Rumah Terbuka ‘Pesta Arak’



Penguat kuasa Jawi menyita minuman keras sebagai bukti kes.

Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini. Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

31 August 2013

Shila Amzah Risau Dituduh Rampas Johan As'ari




"Apabila timbul gosip yang kononnya saya bercinta dengan Johan As'ari, saya memang bimbang jika ada yang beranggapan saya cuba merampas teman lelaki seseorang, Maklumlah, sebelum ini Johan sudah umumkan dia akan melangsungkan pertunangan dalam tahun ini. Gambar yang tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan itu sebenarnya diambil ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah Johan. 

"Kami memang sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010 lagi. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik. Tidak ada sebarang hubungan cinta antara saya dan Johan. Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham," ujar Shila mengulas tentang gosip terbarunya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...