Tentu ada sebabnya apabila 'Respek Wanita:
Masyarakat Sejahtera' dijadikan tema pada sambutan Hari Wanita 2013 peringkat
kebangsaan dan negeri yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Kuala Lumpur. Bersempena sambutan berkenaan esok, kita ketepikan dulu
menyingkap mengenai pencapaian demi pencapaian golongan wanita yang sering diperkatakan
apabila setiap kali tibanya Hari Wanita setiap tahun.
Sememangnya, tidak dapat disangkal tahun demi
tahun, ada saja pencapaian dan kemajuan yang diperoleh oleh wanita di negara
ini dalam pelbagai bidang sama ada ia memberi kesan yang membanggakan kepada
keluarga masing-masing, syarikat di tempat kerja yang diwakili atau
mengharumkan nama negara.