Oleh Zulkiple Ibrahim
"Sebuah negara besar dan kuat pun pada
asalnya juga perlu menuntut kemerdekaan daripada penjajahan," ulas seorang
pengamal media pada satu majlis yang dihadiri penulis di sini baru-baru ini. Walaupun
pengamal media itu enggan dinamakan, namun kata-katanya seiring dengan pendapat
ramai orang di negara ini, yang menjadi contoh dunia kerana berjaya menuntut
kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Manakala negara yang dimaksudkan beliau sudah
tentulah Amerika Syarikat di mana 13 koloni asal negara itu telah
mengisytiharkan kemerdekaan dari Great Britain pada 4 Julai, 1776. Pengisytiharan
kemerdekaan itu melibatkan 'Perang Revulosi Amerika' dari 1775 hingga 1783 di
mana perang itu secara formalnya berakhir melalui Perjanjian Paris pada 3 Sept,
1783 dan lahirlah sebuah negara baru iaitu Amerika Syarikat.