Showing posts with label Pesakit Mental. Show all posts
Showing posts with label Pesakit Mental. Show all posts

09 September 2013

Minum Air Mineral, Sebelum Sembelih Sepupu




“Apa yang saya bimbang akhirnya berlaku,” kata Senab Saing, 26, isteri pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang mati akibat dikelar di leher dengan sebilah pisau buatan sendiri oleh sepupunya, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 12.30 awal pagi di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Bakong itu, Mantang Sakara, 33, berasal dari Makasar, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah di leher dan dahi selepas dikelar suspek yang dipercayai mengalami gangguan mental.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa memberikan segelas air yang diminta lelaki berusia 20-an itu ketika dia terjaga daripada tidur. Bagaimanapun, ibarat bom jangka, sepupu Mantang itu tiba-tiba bertindak agresif menyerangnya sebelum mengelar leher mangsa menggunakan pisau buatan sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...