Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

01 September 2013

Tanda Putera : Sejarah Tidak Boleh Di Ubah, Pas TIBAI DAP





Pas menasihatkan pemimpin-pemimpin DAP dan semua pihak yang membuat bantahan supaya menonton filem Tanda Putera terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen negatif atau mengambil tindakan drastik menghalang tayangannya.

Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu merupakan salah satu medium terbaik menyebarkan fakta sejarah kepada generasi pasca merdeka, sekali gus yakin semua pihak yang terlibat dalam pembikinannya melakukan kajian terperinci.

30 August 2013

PR Anggap Penonton Tanda Putera Tolol




Kita tidak faham kenapa ada yang takut dengan sejarah sedangkan sejarah adalah sejarah, iaitu perkara yang lepas. Kalaupun kita mempunyai sejarah silam yang gelap, namun, jika kita sudah menginsafinya dan meminta maaf maka ia tidak seharusnya menghantui kita lagi. Sebaliknya, kita akan bersedia bercakap mengenai sejarah tersebut sebagai peringatan kepada diri sendiri dan pengajaran kepada orang lain.

Malangnya, di negara ini ada pihak yang takut benar dengan sejarah negara sendiri.  Berbagai-bagai usaha dilakukan mereka untuk menafikan dan mengubah sejarah tersebut. Apabila sejarah itu difilemkan, pihak ini benar-benar meroyan, terlompat-lompat tidak keruan cuba menghalang orang  ramai menontonnya.  Itulah yang berlaku kepada Filem Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang memaparkan sejarah 13 Mei 1969.

25 August 2013

Tanda Putera : Apa Yang Kontroversi – Zizan Nan



Pelakon dan pengacara, Zizan Nin menjelaskan isu yang timbul gara-gara penangguhan tayangan filem terbaru lakonannya, 'Tanda Putera' merupakan tuduhan dan lemparan daripada orang yang belum lagi menyaksikan filem tersebut.

"Filem 'Tanda Putera' ini ceritanya berkisarkan sejarah. Apabila sudah ditonton, sebenarnya tak ada apa-apa pun. Cuma isu itu timbul akibat tuduhan dan lemparan yang diberikan oleh orang lain tanpa melihat filem ini terlebih dahulu. Kami barisan pelakon dan tenaga produksi langsung tak cipta apa-apa kontroversi. Saya juga amat bersyukur akhirnya filem ini diluluskan untuk tayangan," jelas Zizan ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Tanda Putera di The Gardens, Kuala Lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...