Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyeru Umno Selangor untuk kembali bangkit bagi memastikan api perjuangan
terus membara. Menurutnya, beliau mahu seluruh ahli Umno Selangor untuk
melupakan kekalahan teruk pada PRU13 lalu.
Kata beliau, tempoh untuk bersedih sudah
tamat dan kini adalah masa untuk menyusun kembali kekuatan.