Showing posts with label Presiden Umno. Show all posts
Showing posts with label Presiden Umno. Show all posts

30 September 2013

PRK Sungai Limau : Peluang Mukhriz Buktikan Kemampuan




Pulangnya Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah baru-baru ini, bermaksud berlakunya kekosongan bagi DUN Sungai Limau - kekosongan kedua sejak PRU13 berakhir, selepas DUN Kuala Besut yang kosong selepas kematiannya penyandangnya, berjaya dipertahankan BN Ogos lepas.

Menarik dalam PRK Sungai Limau nanti, Pengerusi Perhubungan BN Kedah yang baru, merangkap Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir akan turut memimpin BN buat pertama kalinya sebagai Jeneral dalam kempen pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu nanti.

13 September 2013

Pemilihan Umno 2013 : Ukur Baju Di Badan Sendiri @NajibRazak @MuhyiddinYassin




Sabtu ini, 14 September bermulalah persaingan untuk mengisi jawatan-jawatan dalam UMNO apabila borang pendaftaran calon diedarkan. Setiap satu borang ada empat salinan yang perlu diisi. Dengan format baharu ini, tawaran untuk bertanding terbentang luas depan mata.

Seseorang hanya perlu melepasi kelayakan minimum sekurang-kurangnya menjadi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian dalam sepenggal atau tiga tahun sahaja untuk bertanding apa sahaja jawatan, hatta Presiden sekalipun.

06 September 2013

Pemilihan UMNO : @nohomar Tarik Diri Bertanding MT




Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengambil keputusan mengejut apabila mengumumkan akan menarik diri daripada dicalonkan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti November ini.

Beliau memberikan empat sebab utama keputusan tersebut diambil antaranya bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri selepas melihat senario politik di Selangor yang memerlukan pihaknya memberi komitmen tinggi dan sepenuh tumpuan.

03 September 2013

@syedhamidalbar Bakal Undur, Beri Laluan Muka Baru Teraju Kota Tinggi



Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan bahagian itu pada 19 Okt nanti bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk menerajuinya.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, keputusan itu diambil kerana merasakan khidmatnya kepada parti selama ini telah memadai dan sudah tiba masa untuk orang lain mengambil alih perjuangannya.

25 August 2013

Umno Selangor Kena 'Sound Setepek' Dengan Najib




Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru Umno Selangor untuk kembali bangkit bagi memastikan api perjuangan terus membara. Menurutnya, beliau mahu seluruh ahli Umno Selangor untuk melupakan kekalahan teruk pada PRU13 lalu.

Kata beliau, tempoh untuk bersedih sudah tamat dan kini adalah masa untuk menyusun kembali kekuatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...