Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini
mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan bahagian
itu pada 19 Okt nanti bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk
menerajuinya.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, keputusan
itu diambil kerana merasakan khidmatnya kepada parti selama ini telah memadai
dan sudah tiba masa untuk orang lain mengambil alih perjuangannya.
"Kita perlu mengambil kira bahawa dunia telah berubah, bagi mereka
yang tidak layak bertanding tak usahlah bertanding," katanya ketika
ditemui pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Jawa di sini
hari ini.
Menurutnya, dalam konteks transformasi yang cuba dilakukan oleh Presiden
UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO memerlukan golongan muda yang berwibawa
dan idea baharu untuk sama-sama memimpin parti.
Syed Hamid, 69, menyandang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi
sejak September 1993.
No comments:
Post a Comment