Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini
mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan bahagian
itu pada 19 Okt nanti bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk
menerajuinya.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, keputusan
itu diambil kerana merasakan khidmatnya kepada parti selama ini telah memadai
dan sudah tiba masa untuk orang lain mengambil alih perjuangannya.