Showing posts with label SPAD. Show all posts
Showing posts with label SPAD. Show all posts

03 September 2013

@syedhamidalbar Bakal Undur, Beri Laluan Muka Baru Teraju Kota Tinggi



Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan bahagian itu pada 19 Okt nanti bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk menerajuinya.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, keputusan itu diambil kerana merasakan khidmatnya kepada parti selama ini telah memadai dan sudah tiba masa untuk orang lain mengambil alih perjuangannya.

26 August 2013

Pengajaran Dari Tragedi Bas Genting




Simpati dan takziah saya untuk keluarga dan sanak-saudara 37 orang yang maut dalam kemalangan bas di Genting Highlands, Rabu lalu. Masih dalam suasana raya, tragedi ini tentu sekali paling memilukan. Melihat apa dipaparkan di akhbar, juga pada skrin TV, kita dapat merasakan betapa kengerian dan penderitaan dialami oleh mereka yang terlibat dalam nahas jalan raya terburuk itu.

Semoga keluarga dan orang-orang terdekat menerima musibah ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Marilah kita sama-sama berdoa – dan membantu apa yang boleh – mudah-mudahan mereka yang cedera segera pulih untuk meneruskan hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...