Showing posts with label Zizan Razak. Show all posts
Showing posts with label Zizan Razak. Show all posts

12 February 2014

@zizanrajalawak Zizan Razak Hina Imej Pasukan Keselamatan


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugerah Meletop Era 2013 pada Sabtu lalu menghina mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.

03 February 2014

@LisaSurihani Bila Nak Mengandung, Soalan Yang Melukan Hati Lisa Surihani


PELAKON Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani, 28, adalah orang yang paling gembira apabila sahabatnya, pelakon dan pengacara Scha Al Yahya mengumumkan tentang kehamilannya.

“Sebagai teman baik saya sangat gembira untuk mereka! Sebelum pengumuman mereka, Awal ada beritahu saya tapi masa itu dia dengan Scha belum pasti lagi dan masih tak bersedia nak kongsi berita tersebut dengan peminat,” kata Lisa yang mengharapkan gilirannya pula selepas ini.

11 September 2013

Arja Lee & Fida Ibrahim GAGAL Capai ‘Standard’ AF 2013 @RafidahIbrahim @Arja_Lee




Sebelum ini peminat-peminat Akademi Fantasia telah dikejutkan dengan penglibatan pelakon baru, Arja Lee dan penyanyi, Fida Ibrahim sewaktu mereka menyertai sesi uji bakat AF 2013 yang berlangsung beberapa bulan lepas.

Dan sejak daripada itu, pelbagai spekulasi dan kontroversi mula timbul hingga ada yang mempersoalkan penyertaan Fida kerana sepupunya, Dato’ Siti Nurhaliza merupakan salah seorang inspirer rancangan realiti TV itu.

Pengacara Hambar, Zizan Tampil Buat Penjelasan @zizanrajalawak




Pelawak Zizan Razak menjelaskan dia mempunyai cara penyampaian yang tersendiri dalam mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013). Zizan, 28, berkata, cara itu adalah penampilan yang dimahukan oleh pihak penerbitan Astro bagi memberi nafas dan konsep baharu program realiti tersebut.

"Masih terlalu awal jika ada yang menilai kelemahan saya mengacarakan AF 2013 pada minggu pertama ini. Berilah peluang melihat perkembangan saya pada minggu-minggu seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...