Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

11 September 2013

Arja Lee & Fida Ibrahim GAGAL Capai ‘Standard’ AF 2013 @RafidahIbrahim @Arja_Lee




Sebelum ini peminat-peminat Akademi Fantasia telah dikejutkan dengan penglibatan pelakon baru, Arja Lee dan penyanyi, Fida Ibrahim sewaktu mereka menyertai sesi uji bakat AF 2013 yang berlangsung beberapa bulan lepas.

Dan sejak daripada itu, pelbagai spekulasi dan kontroversi mula timbul hingga ada yang mempersoalkan penyertaan Fida kerana sepupunya, Dato’ Siti Nurhaliza merupakan salah seorang inspirer rancangan realiti TV itu.

29 August 2013

'Lantera Timur' : Siti Nurhaliza Janji Kelainan




Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza bakal mempersembahkan 35 buah lagu tradisional bersama dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dalam konsert solo irama tradisional pertamanya. 'Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza' ini bakal diadakan di Istana Budaya dari 20 hingga 22 September ini.

Menemui Siti di sidang akhbar sempena konsert ini di Istana Budaya pada Selasa, dia menyatakan yang dia akan membawakan kelainan dalam persembahannya. Tidak hanya akan menyampaikan lagu-lagu yang telah menjadi kebiasaan untuknya seperti Asli, Joget, Inang, Zapin, Keroncong dan Masri, Siti juga akan membawakan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikannya dalam mana-mana persembahan seperti lagu yang berentak Dikir Barat dan Makyong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...