21 January 2010

Hari kebenaran semakin hampir


Terus Berdoa, Istiqamah dan Sabar..
Tahun 2010/1431: Tahun Kebenaran

Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.



Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau satu tahun setengah ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang perbicaraan nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.

Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.

Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.

Kepada yang sudi membimbing , bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , diruangan komentar entri ini, atau di Facebook saya

Nasihat dan bimbingan oleh pakar-pakar dan profesional yang berkenaan dan para ilmuan juga amat dialu-lukan.

Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda.

Akhir kalam, saya berharap agar pihak tertuduh tidak lagi berdolak dalih untuk menangguh perbicaraan yang bakal berlansung pada 25hb Januari 2010 ini nanti.

Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Kepada Allah saya berserah..

Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: Atas faktor 'keselamatan', saya ingin mohon maaf terlebih dahulu kerana saya tidak dapat membalas email-email yang dihantar. Identiti pengirim juga akan dirahsiakan. Hanya kiriman di Facebook akan dibalas. Harap maklum. Terima kasih.

Dipetik dari laman : http://www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com/

17 January 2010

GEMPAR - KJ NAK MASUK PAS! KALAU BETUL KITA KENA BUAT KENDURI KESYUKURAN!



Gambar ini dijumpai di Fotopage Minaq Jinggo semasa Konvensyen Blogger PAS pada akhir tahun lepas.

Adakah KJ telah diam-diam masuk PAS?

Kalau lihat muka, macam serupa. Pendapat Khairy pun sudah macam Khalid Samad. Baca pandangan KJ di The Malaysian Insiders sini yang dipunyai oleh kawan rapatnya Kalimullah Hassan.

Bunyi cakap macam nak fed-up dengan UMNO. Maklumlah Kalimullah dah kena kantol bersekongkol dengan Raja Petra dan Anwar Ibrahim. Ini dah bersedialah untuk keluar UMNO.

Kalau betul, kami semua nak hantar satu tandan pisang emas ke Masjid pada hari Jumaat.

Cuma ... bolehkah KJ hidup dalam PAS. Tahulah PAS tak boleh terima orang yang masih pergi restaurant dan bar Work in Progress.

Mana tahu PAS sekarang sudah liberal ... dia orang tidak kesah kot?

PESANAN DARI TUN DR M DAN PRIBUMI PERKASA UNTUK RAKYAT MALAYSIA!



1. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menasihati rakyat supaya bertenang berikutan insiden membaling bom api di empat gereja sekitar Kuala Lumpur dan tidak bertindak melakukan perbuatan di luar kawalan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Beliau berkata, lebih mudah untuk mengawal golongan sofistikated, berpendidikan dan bersikap terbuka dalam perkara yang membabitkan sentimen keagamaan tetapi bukan mereka yang “dikatakan” kurang berpendidikan dan tidak rasional.

“Satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu ini adalah untuk bertenang, tetapi bagaimana anda boleh beri jaminan bahawa mereka yang kurang berpendidikan akan turut akur dan bertenang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Keluarga Proton 2010 yang diadakan sempena ulang tahun ke-25 Proton di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, lebih baik untuk membincangkan isu sensitif seperti isu keagamaan secara tertutup dan tidak terlalu brsikap ghairah dengan mengadakan perhimpunan awam dan demonstrasi.

“Di negara ini, isu sensitif tertentu perlu diselesaikan secara tertutup tetapi apabila ada peristiwa umum dengan mahkamah membuat keputusan, maka sesetengah pihak mungkin berasa gembira dan ada juga yang tidak gembira… saya berasa tidak gembira,” katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember yang membenarkan Gereja Roman Katolik di Malaysia menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguannya, Herald.

Mengenai gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) yang meminta penerbitan media supaya tidak memainkan isu perkauman dalam penerbitan mereka, Dr Mahathir berkata pengamal media perlu lebih matang untuk tidak memainkan isu seperti itu.

Beliau turut menggesa masyarakat Malaysia supaya tidak dipaksa bersetuju dengan pandangan terbuka berhubung isu sensitif tertentu yang diterima dan diamalkan oleh beberapa negara maju.

“Kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai agama, pelbagai ekonomi, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa… kita tidak seharusnya dipaksa bersetuju dengan apa yang dikatakan peradaban dan pandangan terbuka negara maju.

“Kita telah pun muncul sebagai sebuah negara maju dalam acuan kita sendiri dan ini tidak bermakna bersikap terlalu bebas sehingga mula berjalan ke sana sini tanpa berpakaian dan sebagainya. Itu adalah cara mereka (negara maju) yang menganggapkan diri mereka maju dan bukannya kita,” katanya.


2.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan serangan terhadap tiga gereja beberapa hari yang lepas adalah perbuatan pihak tertentu untuk mensabotaj umat Islam dan ekonomi negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kejadian itu seakan-akan dirancang sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Gereja Katholik selepas solat Jumaat minggu lepas.

Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak cepat membuat kesimpulan menuduh ia perbuatan orang Islam kerana terdapat pelbagai kemungkinan dalam kejadian tersebut.

“Perkasa tidak menolak kemungkinan ia adalah kaedah ‘psikologi balikan’ untuk memburukkan orang Islam dan pada masa sama meruntuhkan ekonomi negara.

“Cuba kita lihat kebetulan yang ada, sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi, ada pula pihak yang bertindak membakar gereja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Minggu lepas, Gereja Metro Tarbenacle, Taman Melawati terbakar manakala Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Chapel, Damansara dibaling bom petrol namun ia tidak meletup.

Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim berkata, semua pihak perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa membuat siasatan dan menyokong penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu.

“Jika siasatan mendapati orang Islam terlibat dalam kejadian itu, ia hanya melibatkan individu yang tidak mewakili keseluruhan umat Islam yang cintakan kedamaian,” ujarnya.

Beliau berkata, Perkasa mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah yang tidak boleh dimaafkan itu walau apa pun alasannya.

Katanya, ia merupakan perbuatan orang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab.

“Memang Perkasa konsisten membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, namun perjuangan kami melalui cara yang aman, bukannya kekerasan,” katanya.

Sumber asal tidak diketahui tapi dipetik dari Malaysia Instinct

Betulkah Nizar Dah Jadi Jutawan

Inilah rumah "sewa" Nizar sebelum jadi MENTERI BESAR pada Mac 2008 seperti yang didakwa oleh PERAK TODAY.



Inilah kediaman Nizar seperti didakwa oleh PERAK TODAY, selepas 11 bulan jadi Menteri Besar. Mana dia dapat duit. Besar sangatker gajinya sampai mampu miliki rumah semewah ini.


TIGA minit lepas aku post tulisan terkini tentang temubual Dr Zambry dan media mandarin, aku terima panggilan dari Parpukari, bloggers yang paling dihormati oleh kawan dan digeruni oleh lawan.

(Aku jarang sekali menerima penghormatan seperti ini seorang blogger besar menelefon blogger kecil macam aku -- no puns intended bro!)

Dia suruh aku baca entrynya tentang Nizar dan satu link yang menceritakan tentang kemewahan bekas Menteri Besar "minoriti" itu. Ia mengenai kehidupan Nizar sebelum, semasa dan selepas memegang jawatan Menteri Besar.

Blog Perak Today mendakwa sebelum jadi Menteri Besar, Ir Nizar hanya mampu menyewa rumah RM250 sebulan dan punya satu kereta usang dan sebuah van buruk! Kini beliau tinggal di rumah mewah yang siap berhawa dingin (sepenuhnya?) serta berkereta mewah.

Bukan itu saja, Nizar mampu memiliki sebuah kenderaan pacuan-empat-roda yang mempunyai gambarnya di dinding kereta itu. Mana dia dapat duit sebanyak ini???

Jika dakwaan ini benar Nizar wajib menjawab bagaimana dalam 11 bulan beliau mampu mengumpul harta sedemikian banyak. Jika tidak tuduhan beliau menjadi "belaan" Ngeh dan Nga itu benar!

Mungkinkah selama ini Nizar menjadi hipokrit atau bahasa Arabnya MUNAFIQ dengan mempamerkan imej bersih, ikhlas dan tulus. Dan beliau memang agen DAP dan "dibiayai" sepenuhnya oleh parti itu untuk menawan Perak seperti si Kitul digunakan oleh Portugis bagi menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka?

12 January 2010

Isu nama ALLAH dan juga serangan ke atas gereja.


Salam Revolusi,


Berkenaan isu serangan keatas gereja di Selangor dan telah menular ke Sarawak, ia merupakan satu tindakan yang amat merugikan semua pihak. Ada pihak saling menyalahkan diantara satu sama lain hanya untuk kepentingan politik mereka.


Dari kacamata masyarakat, perbuatan sebegini tidak langsung mencerminkan semangat majmuk berbilang kaum yang telah di semai selama lebih 50 tahun. Didalam Islam sendiri melarang perbuatan mensabotaj rumah ibadat penganut agama lain. Begitu juga halnya dengan ajaran Kristian serta agama agama lain di negara ini.


Yang pelik bin ajaib adalah apabila kita tanya masyarakat kristian samada lelaki atau perempuan, ramai yang melihat orang melayu islam telampau extrem kerana menganggap ayat ALLAH adalah hak mereka sahaja. Intepretasi mereka adalah kalau hendak mewujudkan semangat 1Malaysia, kenapa pengunaan ALLAH hanya pada satu bangsa sahaja?


Kesimpulannya, isu ini telah menjadi isu perkauman dan sedang di dalam proses bual bicara semua pihak.


Kalau kita sebagai orang melayu melihat isu ini sebagai satu penghinaan, orang bukan islam pula melihat isu ini sebagai satu cabaran. Siapa yang sebenarnya bersalah di dalam isu ini? Mungkinkah ada pihak yang berkepentingan di dalam manipulasi isu ini? Ataupun mungkinkah ada kelemahan di dalam sistem kita yang tidak membenarkan kes ini diselesaikan?


Untuk menyelesaikan isu ini bagi saya adalah merupakan perkara yang mudah, dengan syarat kita betul-betul menjadi negara membangun. Setiap hari pihak berita barat menghentam kita berkenaan isu remeh sebegini.


Isu ini sebenarnya dapat diselesaikan dengan lebih diplomatik jika tidak kerana ada sesetengah pemimpin yang terlalu ghairah menyuarakan pandangan dan juga terburu buru menjuarai isu. Sikap mendesak sebeginilah yang mengakibatkan kecelaruan persepsi dikalangan masyarakat hingga menimbulkan huru hara.


Di petik dari http://www.azalina.net

11 January 2010

Siapa dia Raja Petra?



Di negara ini kononnya tidak ada kebebasan media lalu dia mengendalikan laman web Malaysia Today. Dia sebagai pengarang sekaligus wartawan yang memuatkan artikel dalam laman web berkenaan.


Dia mahu menunjukkan bahan yang disiarkan dalam Malaysia Today tidak berani disiarkan oleh organisasi media berwibawa kononnya disekat oleh kerajaan. Maka dia menulis mengikut khabar-khabar angin yang sampai ke telinganya tentang hal-hal yang sensitif.

Oh, mudahnya. Dia memahami definisi kebebasan media sebagai bebas menyiarkan khabar-khabar angin dari sembang kedai kopi. Dia tidak faham definisi fitnah dan tidak pernah bertanggungjawab tentang apa yang ditulis.

Sebenarnya dia bukan siapa-siapa. Bukan juga wartawan, jauh sekali pengarang yang pernah berkhidmat dengan organisasi media berwibawa. Dia hanya pengarang di sebuah laman web dan penulis blog yang wibawanya sangat dicurigai.

Tetapi kerana kedangkalan dia memahami erti kebebasan dan etika media, dia menjadi popular. Tetapi yang buruknya dia tidak bertanggungjawab. Buktinya dia mempunyai dua waran tangkap dan sudah menghilangkan diri sejak lapan bulan lalu. Kenapa lari?

Itulah dia Raja Petra Kamaruddin atau RPK yang kembali menjadi bahan berita apabila dikatakan kini hidup di kediaman mewah di Gloucester Terrace, London. Terbaru sekali dalam laman sosial Facebook, Raja Petra mendakwa dia berada di Poland dan menyiarkan gambar diapit oleh dua wanita mat salih. Hebat sungguh raja yang seorang ini. Tetapi hasil risikan polis mendapati dia masih berada di London.

Raja Petra belum didapati bersalah, dia hanya didakwa memfitnah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa fitnah lain yang menggugatkan keharmonian negara. Tetapi Raja Petra melarikan diri dan kini dia “menyalak” dari luar negara mengkritik dasar kerajaan negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah menggesa Raja Petra supaya “kembali untuk membersihkan nama”. Sepatutnya Raja Petra menyahut gesaan Musa dengan kembali ke negara ini dan menegakkan kebenarannya di mahkamah. Dia mesti menjadi seorang lelaki yang berani dan bertanggungjawab. Raja Petra mesti membuktikan dia bukan seorang dayus serta pengecut.

Tetapi Raja Petra memilih untuk jadi pengecut sekalipun dia hanya dituduh. Dia bersembunyi kemudian melarikan diri secara haram ke luar negara. Dia bijak kerana berjaya meloloskan diri ke luar negara tetapi yang lebih besar dia juga seorang yang tidak bertanggungjawab selepas meninggalkan banyak fitnah. Tulisannya menjadi fitnah apabila dia sendiri tidak berani untuk menegakkan kebenaran apa yang ditulisnya.

Kenapa Raja Petra bersembunyi dan lari? Ini persoalan menarik untuk mengenali kerabat Selangor ini yang namanya mula-mula sekali muncul selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas mengendalikan Malaysia Today Raja Petra menjadi “selebriti” apabila menulis artikel yang membawa unsur fitnah dan propaganda.

Berkomplot
Pada April 2001 Raja Petra ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 52 hari kerana berkomplot menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selepas dibebaskan dari ISA, Raja Petra terus menulis tanpa mempedulikan etika dan kesan kepada hubungan kaum di negara ini.

Pada Julai 2008, sekali lagi Raja Petra ditahan dan didakwa kerana menyiarkan artikel memfitnah Rosmah berkaitan pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shaaribu.

Semasa ditahan di lokap, Raja Petra membuat gimik menolak usaha isterinya Marina Lee Abdullah untuk mengikat jamin. Bagaimanapun akhirnya dia setuju diikat jamin selepas gimik itu tidak mendapat simpati termasuk kalangan pembangkang yang sebelum itu mempergunakan “kepakaran” Raja Petra.

Raja Petra yang berusia 59 tahun ini sebenarnya seorang yang suka “bergurau”. Buktinya dia “bergurau” menyiarkan rakaman video kononnya kekejaman polis negara ini terhadap seorang pemuda ketika disoalsiasat. Kasihan sekali, pengagum Raja Petra dan pembaca laman webnya telah ditipu dan diperbodohkan dengan paparan yang tidak benar sama sekali.

Mereka yang telah diracun pemikiran oleh Malaysia Today percaya dengan dakwaan Raja Petra. Dia berjaya mempengaruhi mereka apabila mendakwa semua organisasi media arus perdana tidak boleh dipercayai kerana “dikuasai” oleh kerajaan. Kini pengagum yang diperbodohkan itu terpinga-pinga kerana Raja Petra bersenang lenang di London sedangkan selama ini mereka menganggap Raja Petra sebagai pejuang kebebasan media.

Bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Victoria Institution Kuala Lumpur ini sebenarnya semakin tersepit. Walaupun berjaya memboloskan diri ke luar negara, ditaja oleh individu tertentu tetapi tidak ada kebebasan. Dia mempunyai lima anak, Raja Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara sanggup meninggalkan keluarga di negara ini. Salah seorang anaknya, Raja Azman dihadapkan ke mahkamah dan mengaku salah terhadap tuduhan mencuri motosikal dan pecah rumah.

Berani
Nampaknya Raja Azman lebih berani menerima kenyataan dengan mengaku salah terhadap tuduhan jenayah yang dilakukan berbanding Raja Petra yang lari ke luar negara. Rasionalnya Raja Petra tidak perlu lari sebaliknya berani membuktikan semua yang dipaparkan dalam Malaysia Today adalah benar. Lari tidak menyelesaikan masalah kerana dia bukan seorang pesalah. Raja Petra hanya takut kepada bayang-bayang sendiri, barangkali dia tidak ada apa-apa bukti untuk menyokong hujahnya. Ini kerana taraf laman webnya tidak ubah sembang di kedai kopi yang tidak ada etika dan tanggungjawab.

Ketika ini mungkin Raja Petra sedang berkurung di kediaman mewahnya di London. Ibarat burung yang terkurung dalam sangkar emas, tidak bebas kerana ada pihak yang memburunya. Dia mungkin terkenang kepada anak-anaknya di negara ini dan menyesal kerana “perjuangan” selama ini sebenarnya sia-sia belaka.

Raja Petra tidak boleh selamanya bersembunyi kerana “hutang” dengan rakyat negara ini belum dilunaskan. Dia perlu kembali untuk membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan selama ini adalah benar. Malah tidak perlu takut sekiranya dia mempunyai bukti yang kukuh. Inilah masa untuk dia membersihkan nama. Kalau dia takut untuk pulang dan diadili di mahkamah, orang yang sebelum ini mengaguminya akan berfikir sebaliknya.

Adakah Raja Petra sekadar mahu memberitahu kelicikannya untuk melepasi pintu keluar masuk negara ini? Kalau itu, dia memang licik. Tetapi Raja Petra harus ingat, polis kita lebih licik kerana dapat menjejaki dia di London. Polis tahu di mana Raja Petra berada. Jadi, Raja Petra bukanlah licik, dia sebenarnya takut. Orang selalu kata, berani kerana benar, takut pula tentulah bersalah. Mesej ini perlu difahami oleh pengagum-pengagum Raja Petra dan pembaca setia Malaysia Today. Itulah Raja Petra Kamaruddin.

06 January 2010

KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH"



Setelah sekian lama menyepi di dalam dunia penulisan blog, saya akhirnya merasakan ingin kembali semulua di dalam dunia ini. Bukan berniat untuk menunjuk pandai tapi sekadar ingin kembali menyuarakan apa yang dirasakan dan sekadar meluahkan pendapat.

Saya akui, saya bukanlah penulis hebat seperti segelintir penulis blog, namun tidak salah rasanya saya meluahkan apa yang saya rasakan tanpa memilih untuk berpihak kepada mana-mana individu.

Sejak akhir-akhir ini, isu pengunaan kalimah 'Allah' begitu hebat diperkatakan di sana-sani. Ia bermula apabila pada 31 Disember lalu, keputusan mahkamah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam.

Berikut adalah pendapat yang diberikan oleh Tun Mahathir berhubung isu ini yang dipetik dari Facebook beliau.

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...