Setelah sekian lama berdiam diri, Ambiga
Sreenavesan tiba-tiba bersuara kembali menyanyikan lagu sumbang BERSIH 4.0. Beliau
mengugut akan mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya SPR melaksanakan
persempadanan semula di kawasan Parlimen dan negeri, sebelum daftar pemilih
dibersihkan.
Ambiga sebelum ini telah beberapa kali cuba
mendapatkan publisiti murah dengan memalukan diri mengadap Ahli Parlimen
Australia memohon negara itu mencampuri Pilihanraya Malaysia. Permohonan beliau
telah ditolak mentah-mentah oleh Australia.
Malah negara itu telah merujuk fakta yang menunjukkan pembangkang turut
memenangi beberapa negeri sebagai bukti PRU Malaysia adalah bersih.
Ambiga bagaimanapun, sehingga kini masih
terus berdegil kononnya PR seharusnya menang lebih banyak kerusi. Namun, melihat dari jumlah peserta demonstrasi
anjuran PR yang semakin lama semakin merosot, maka kita seharusnya hairan
bagaimana PR mampu memenangi beberapa negeri sedangkan parti itu sepatutnya
tidak menang langsung. Lebih-lebih lagi apabila Himpunan Black505 yang
merupakan himpunan kemuncak bantahan keputusan PRU-13 juga hanya mampu
mengumpul 5000-900 peserta sahaja.
Jelas, rakyat tidak bersama PR dan bagi
Ambiga untuk bertegas konon PR mampu menang lebih banyak kerusi jika SPR lebih
telus dan bersih, merupakan kenyataan yang tidak berasas dan mengarut sama
sekali.
Ambiga sebenarnya cukup maklum akan hakikat
ini, namun memandangkan beliau telah ‘ditugaskan khas’ untuk mengkucar-kacirkan
keadaan dalam negara, maka beliau perlu terus membuat tuduhan terhadap SPR dan
kerajaan.
Namun, apa yang menarik ialah kenapa beliau
memilih untuk bersuara sekarang, dan secara tiba-tiba setelah sekian lama
menghilang?
Tidak mustahil tindakan Ambiga untuk muncul
semula adalah bertitik tolak dari pengumuman mengenai lawatan Presiden Amerika
Syarikat ke negara ini tidak lama lagi. Sepertimana biasa, pihak pengacau
seperti Ambiga dan PR, gemar mempamerkan buruk laku mereka kepada orang asing
apatah lagi pemimpin kuasa besar.
Lawatan Presiden Barrack Obama pasti menarik
ramai wartawan dari seluruh dunia dan Ambiga tentu sekali enggan ketinggalan
untuk muncul dalam televisyen di seluruh dunia sebagai ‘hero’.
Jika Amerika sering berhadapan dengan tunjuk
perasaan rakyat negara lain yang menentang mereka dalam setiap lawatan rasmi,
maka lawatan negara itu ke Malaysia pula mungkin memperlihatkan sebaliknya,
iaitu rakyat Malaysia berdemonstrasi sekadar untuk mengambil perhatian Amerika
dan dunia.
Kita juga menjangkakan Ambiga akan mengulang
tayang peristiwa lawatan AlGore suatu ketika dahulu yang memperlihatkan
bagaimana manusia-manusia yang tidak bermaruah serta para pengkhianat negara
mengangkat sepanduk memohon bantuan Amerika. Jika dahulu mereka meminta Amerika
melepaskan Anwar dari kes liwat, kali ini mereka akan meminta apa yang telah
ditolak oleh Australia iaitu agar negara itu masuk campur dalam urusan
pilihanraya Malaysia.
Walau apa pun niat Ambiga untuk bersuara
sekarang, kita tidak wajar mengetepikan kemungkinan yang beliau mungkin
mempunyai rancangan yang jauh lebih besar dari sekadar ingin mengambil
perhatian Amerika. Hakikat bahawa BERSIH menerima dana dari George Soros tidak
wajar dipandang ringan.
Dengan hakikat ini serta lawatan Presiden
Amerika, maka Malaysia seharusnya bersedia dengan segala kemungkinan. Bermula
dari saat ini, rakyat Malaysia harus lebih berhati-hati agar tidak terpedaya dengan sebarang usaha untuk membawa
kita ke jalan raya dan berperang sesama sendiri atas alasan menggulingkan
kerajaan.
Walau apa pun terjadi, kita wajib berdiri di
belakang kerajaan bagi memastikan ‘Arab Spring’ tidak merebak ke rantau ini.
No comments:
Post a Comment