20 August 2013

Pelaburan Pulau Pinang Merudum Kerana Pelabur Tak Percaya DAP




Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan.  Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan DAP, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.

Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion.  Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73%  sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.


Lebih malang bagi Pulau Pinang apabila Syarikat Bosch Solar Energy telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negeri itu yang berjumlah RM2.2 billion.  Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan telah mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.

Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini, Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan Nasional wajar mencermin muka sendiri.  Di manakah ‘cekapnya’ DAP jika jumlah pelaburan terus menjunam dari setahun ke setahun?   Bagaimanakah DAP dikatakan ‘cekap’ jika masih tidak terfikir sebarang pelan bagi mengatasi penurunan ini?

Paling menarik, DAP yang terkenal dengan sikap rasis dilihat seolah-olah turut mengamalkan rasisme dalam menarik pelaburan.  Ini berdasarkan kenyataan BN Batu Uban, Goh Kheng Sneah, bahawa Lim Guan Eng hanya berminat untuk menarik pelabur dari Taiwan, China, Hong Kong dan Korea iaitu negara-negara yang ‘sebangsa’ dengannya.  Walhal, selama ini Pulau Pinang itu lebih banyak menerima pelaburan dari Amerika, Jepun, Jerman dan Netherland.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang Ketua Menteri yang bersifat ‘global’ yang mampu duduk setanding dan sebaris dengan para pelabur asing apatah lagi berurusan dengan duta-duta dan juga Menteri-menteri negara lain.  Sedangkan, untuk menarik pelaburan langsung asing, seorang Ketua Negeri harus memainkan peranan besar dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang terbabit.

Selain itu, delegasi pelaburan juga perlu mempunyai karisma dan kebolehan untuk membuat promosi melalui media di negara-negara terbabit iaitu perlu menjalinkan hubungan dengan akhbar dan majalah yang berkaitan.

Melihat dari cara DAP mentadbir di mana pembentangan projek mega seperti terowong bawah laut yang kontroversi juga boleh tersalah taip dan mengira undi CEC yang tidak sampai 2000 juga boleh tersalah kira, maka kita memahami kenapa pelaburan di Pulau Pinang merudum.

DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan untuk meyakinkan para pelabur.  Lebih dari itu, reputasi dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu semakin tersebar dan terpahat kukuh sehingga menimbulkan rasa ‘cuak’ di kalangan pelabur.

Selain dari pelancongan, Pulau Pinang banyak bergantung kepada pelaburan dari segi ekonomi.  Walaupun begitu, Lim Guan Eng nampaknya tidak begitu risau dengan apa yang berlaku.  Malah, beliau lebih berminat untuk ‘meraikan’ kuasanya di negeri itu melalui projek merepek seperti membina ‘Burung Ubah’.

Di awal pemerintahannya pula, Lim Guan Eng sibuk mencabar agama Islam sambil memperkukuhkan kedudukan Kristian di negara ini.  Beliau juga sibuk berpolitik menyerang UMNO dengan tidak henti-henti membangkitkan isu perkauman.

Kini sikap Guan Eng yang rasis, tidak prihatin dan samseng mula membawa kesan buruk kepada Pulau Pinang.   Dengan reputasi Guan Eng yang cukup buruk sebagai Setiausaha Agong Parti, dan kelemahannya sebagai Ketua Menteri, DAP wajar memikirkan semula kedudukannya di dalam parti.

Apakah hanya kerana beliau merupakan anak kepada Lim Kit Siang maka semua orang perlu menutup mata atas segala kebebalan beliau?   Atau apakah benar tiada siapa yang lebih layak dari Lim Guan Eng untuk menerajui Pulau Pinang, mahupun memegang jawatan Setiausaha Agong di dalam parti DAP? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...