Dalam lima tahun kebelakangan ini, banyak kes
penghinaan Islam telah berlaku. Apa gunanya kemajuan penyampaian maklumat
sekiranya kesucian Islam di jadikan bahan gurauan.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang
membenarkan apa sahaja bentuk maklumat disebarkan tanpa sekatan telah membawa
kepada kelonggaran undang-undang di Malaysia.
Orang Islam di Malaysia mempunyai budaya ketimuran,
yang sering menjaga hati dan peradaban. Oleh itu, tindakan membabi buta seperti
membakar dan membunuh serta keluar di jalanan bagi mempertahankan agama Islam
tidak akan terjadi. Hakikat inilah yang sering menyebabkan Islam di Malaysia
sering kali dipersendakan.
Orang Islam di Malaysia bukan penakut untuk mengambil
tindakan sendiri, bukan kecut untuk laksanakan undang-undang rakyat. Cuma
kehidupan kami memang dibuai dengan adab kesopanan ketimuran.
Oleh itu, kuasa yang ada perlu digunakan bagi
melindungi rakyat Malaysia dan Islam daripada pemikiran liberal, pemikiran
'free thinker' dan pelbagai lagi.
Kerajaan seharusnya bertindak secara agresif menahan
budaya yang menghina agama ini secara tegas dan mengikut acuan Malaysia.
Perhubungan antara agama harus dijaga dengan teliti
agar ia tidak menjadi parasit yang memakan keharmonian dalam masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment