Akhirnya DAP terpaksa
mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sepertimana
yang diarahkan oleh ROS. Keputusan ini
agak mengejutkan memandangkan Mesyuarat Tergempar parti itu Isnin lalu baru
sahaja memutuskan bahawa pemilihan semula bukanlah satu opsyen.
Dalam kenyataan media
selepas mesyuarat tersebut, Lim Guan Eng telah mempamerkan sikap kiasu-bodoh
dengan memberi syarat pula kepada ROS agar mengemukakan fakta tentang kenapa
pemilihan semula perlu diadakan.
Akibatnya, tindakan
Guan Eng untuk terus menerus berdolak dalih menyebabkan kredibiliti beliau dan
juga DAP hancur lebur. Beliau yang
sebelum ini dikecam kerana tidak tahu mengira, diejek pula sebagai pengecut. Keengganan
beliau mengadakan pemilihan semula membuktikan bahawa Guan Eng seorang rasis
dan penipu apabila dengan sengaja menafikan hak wakil India untuk memilih.
Mungkin menyedari
keadaan semakin buruk bagi DAP, maka parti itu bermesyuarat sekali lagi semalam
dan memutuskan untuk akur dengan arahan ROS. Memandangkan DAP telah pun mempunyai rekod
menipu yang cukup ‘mengagumkan’, maka kita wajar menerima keputusan DAP dengan penuh
hati-hati.
Justeru, kita
menunggu Ambiga yang amat ‘obses’ dengan ‘kebersihan sistem pengundian’, untuk
menggerakkan BERSIH sebagai pemantau bagi pemilihan semula CEC DAP. Kita tidak
mahu DAP sekali lagi membelakangkan wakil-wakil dari kaum Ambiga sendiri dalam
menjalankan hak mereka sebagai ahli parti.
Malangnya, Ambiga
nampaknya langsung tidak prihatin dengan nasib kaumnya yang dipinggirkan oleh
DAP melalui pemilihan parti paling kotor dalam sejarah. Mungkin Ambiga tidak lagi mempunyai semangat
keIndiaan yang tinggi kerana turut percaya kepada kesamarataan total yang
membawa erti Ketuanan Cina di Malaysia.
Jelaslah Ambiga
sendiri begitu kotor kerana hanya berminat untuk ‘mencari fasal’ dengan
kerajaan, dan bukannya berminat untuk membersihkan apa-apa.
Kaum India dan juga
Melayu di dalam DAP tidak wajar memberi peluang kepada pemimpin mereka memijak
dan memperbodohkan mereka sekali lagi. Mereka perlu memikirkan sesuatu bagi memastikan pemilihan semula ini
dijalankan dengan bersih dan supaya tiada siapapun yang dinafikan hak untuk
memilih.
Selain itu, mereka
juga perlu memastikan komputer berada dalam keadaan baik dan para pengendalinya
benar-benar tahu menggunakannya. Kita tidak mahu ada lagi alasan komputer
tersalah kira atau petugas tidak tahu mengira.
Namun, kita sedia
maklum bahawa untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan adil, kaum India
dan Melayu di dalam DAP memerlukan lebih daripada pemantau dan sistem
pemantau. Apabila berhadapan dengan
kepimpinan yang samseng seperti Guan Eng, ahli-ahli DAP memerlukan kekuatan
untuk menahan ‘kilasan tangan’ dan juga kekuatan untuk ‘menolak tawaran’.
Ingatlah bahawa Guan
Eng telah terkenal sebagai seorang penipu dan seorang penipu yang tidak pernah
mengaku menipu hanya akan membesarkan lagi penipuannya. Ertinya, bagi menutup
penipuan dalam pemilihan CEC yang lalu, Guan Eng perlu memastikan keputusan
pengundian semula tidak jauh berbeza dengan sebelumnya.
Oleh itu, jika Guan
Eng boleh menetapkan keputusan bagi pemilihan lalu, apakah jaminan yang beliau
tidak menetapkan keputusan bagi pemilihan semula juga? Bayangkan sajalah apa yang seorang samseng
merangkap penipu sanggup lakukan untuk menjustifikasikan penipuannya…
No comments:
Post a Comment