18 August 2013

Saya Tak Mahu Jawab Fasal Syiah – Mat Sabu




Macam nak putus urat perut dibuatnya (sebab ketawa) bila membaca kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya berkenaan fahaman Syiah. Paling menarik dia turut meletakkan kesalahan tersebut kepada media yang kononnya sengaja menimbulkan isu tersebut.

"Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan...ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab. Tidak mahu menjawab apa-apa (mengenai Syiah)...sori," katanya.

Mohamad Sabu yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu antara pemimpin di dalam Pas yang dikatakan menganut fahaman sesat tersebut. Ia berdasarkan kepada beberapa kenyataan dan tindakan yang dilakukannya sebelum ini.

Ketika menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Pas Pusat, Mat Sabu dikatakan pernah dikatakan meneruskan pengajian ilmu bahasa di Lubnan sekali gus membuktikan hubungan eratnya dengan Hezbollah Syiah di negara negara tersebut. Tawaran tersebut diberikan dengan harapan dapat menjalinkan hubungan rapat antara Pas dan Hezbollah.

Seterusnya dia juga dikatakan sering mengeluarkan kenyataan bagi membela fahaman sesat Syiah. Antaranya polemik terhadap gerakan Syiah adalah merupakan isu lama yang tidak mempunyai kepentingan untuk dibahaskan.

Tidak cukup dengan itu, Mat Sabu juga adalah merupakan pemimpin tunggal dari negara ini yang melakukan kunjungan hormat ke atas rejim Syiah, Bashar Assad yang telah membunuh ribuan nyawa pengikut Sunni. Malah disebabkan itu juga, Presiden Pas, Dato Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan pernah memanggil kawan karib Mat Sabu, Dr Syed Azman Syed Ahmad bagi mendapatkan pengesahan.

Dikatakan dalam pertemuan tersebut, Syed Azman mengesahkan bahawa Mat Sabu sememangnya seorang penganut Syiah. Dia turut dikatakan memperakui bahawa sepanjang persahabatannya, Mat Sabu tidak menunaikan solat Jumaat kecuali dalam suasana tertentu.

Menurut sumber, beberapa orang ahli Pas di Pedang turut mengakui antara faktor kekalahan Mat Sabu pada pilihan raya umum yang lalu adalah disebabkan kerana isu Syiah yang dikaitkan dengannya.

Dan terbaru, ekoran pendedahan yang dilakukan mengenai gerakan Syiah di dalam Pas telah menyebabkan mereka resah dan mula menyerang menantu Hadi, Zaharudin Muhamad. Ia disebabkan kerana beberapa tindakannya yang dilihat sebagai anti-Syiah.

Seterusnya, cuba kita rujuk kembali kata-kata penghargaan yang pernah dikeluarkan oleh Mat Sabu kepada Khomeini.

  1. Pegangan saya selaras dengan pegangan Khomeini (laknatullah);
  2. Saya mengajak kita meneladani Khomeini (laknatullah) dan meletakkan namanya sebelah nama Nabi Yusuf alaihissalam;
  3. Saya mengajak kita semua mencontohi Khomeini (laknatullah);
  4. Saya kagum dengan Khomeini (laknatullah);
  5. Saya meneruskan pencarian pemikiran politik saya dengan membaca hasil-hasil tulisan Khomeini (laknatullah);
  6. Saya memuji Khomeini (laknatullah) yang memberi orang Kristian di Iran hadiah pada hari Krismas sehingga mereka terharu; dan
  7. Kita ambil contoh Imam Khomeini (laknatullah). Macam mana seorang ULAMA yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi.

Secara ringkas, berikut adalah antara dalil Murtad dan Fasiq Khomeini (laknatullah):

1.               Mengkafirkan Abu Bakar radiallahuanhu (ra) dan Umar (ra)

Kedua-duanya Abu Bakar dan Umar, di dalam ketamakan mereka untuk memerintah, (telah) mengubah syariat Agama Nabi dan membentuk kelompok mereka sendiri tidak dapat melarikan diri mereka daripada asas-asas Quran. Mereka berdua memastikan matlamat mereka tercapai walau dengan apa cara sekalipun."
(Kashful Asraar: 114)

"Mereka berdua tidak mengikuti Qur'an dan Islam melainkan semata-mata untuk memperoleh dunia dan kekuasaan. Mereka menjadikan Quran sebagai kenderaan untuk agenda buruk mereka."
(Kashful Asraar: 114)

“Al-Qur’an yang ada sekarang telah diselewengkan karena tidak memuat nama para Imam Dua Belas. “Abu Bakar dan Umar telah banyak menyalahi hukum-hukum Allah. Mereka berdua telah banyak mempermainkan hukum-hukum Tuhan. Mereka telah menghalalkan dan mengharamkan dari pihak diri-sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman terhadap Fatimah dan anak cucunya”
(Kasyful Asrar, hal 110).

2.             Melabel aqidah orang Sunni sebagai batil dan wajib menentangnya

3.            Menindas, membunuh dan mengusir rakyat Iran yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah selepas Revolusi Iran.

Kesimpulannya, walau apa pun alasan yang cuba diberikan, Mat Sabu perlu menjawab semua tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya ini. Sekiranya benar dia merupakan pengikut Syiah, ada baiknya Pas memulakan tarbiah untuk membawa Timbalan Presidennya ini kembali ke pangkal jalan dari berterusan menganuti fahaman Syiah yang Sesat Lagi Menyesatkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...