17 June 2008

DEMOSTRASI BUKAN SEBAGAI CARA ALTERNATIF




Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memulakan perbincangan ini. Sekian lama cara kita selalunya ialah dengan menuding jari dan mencari kesalahan dan jarang di berikan pendapat dan cadangan yang bernas.

Kita tahu yang suatu ketika dulu Jepun telah mengubah cara pemakanan mereka untuk menggalakkan tumbesaran dan juga peningkatan minda. Mungkin dengan keadaan semasa ini juga sudah tiba masanya untuk kita berbuat sedemikian.

Ubah cara pemakanan kita. Untuk saya, saya sudah sekian lama jarang makan roti canai dan nasi lemak. Jika makan nasi lemak pun jarang-jarang sekali atau di buat oleh isteri saya. Oleh itu perubahan harga tidaklah di rasai sangat. Makan nasi pun hanya sekali sehari atau di gantikan dengan kentang, sayur-sayuran untuk mendapatkan "carbo diet".

Saya dari dulu lagi tidak pernah menyokong mana-mana bentuk demonstrasi kerana ia lebih memudaratkan, kerana ia boleh membawa kepada kepincangan ekonomi dan lain-lain jika tidak di tangani dengan betul. Kenapa perlu diadakan demonstrasi?

Kenapa tidak diadakan forum atau dialog untuk membincangkan tindakan yang terbaik yang harus di fikirkan bersama. Kenapakah setiap kehidupan kita ini perlu di tangani oleh pihak kerajaan? Kita boleh baca dan lihat sendiri keadaan di dunia, bukan hanya di Malaysia sahaja malah di Eropah juga.

Jadi adakah salah kerajaan ataupun sememangnya keadaan dunia kian runcing? Apakah kita masih perlu hidup dengan budaya subsidi kita di mana kita masih perlu tongkat dan bantuan untuk hidup dengan sendiri. Di manakah perginya NGO, masjid-masjid, persatuan-persatuan penduduk.

Tidak bolehkah gunakan ini sebagai forum untuk saling membantu. Atau masjid hanya akan adakan jamuan atau kenduri hanya bila ada ceramah, pada bulan ramadhan dan sebagainya.
Kepada yang berkemampuan atau ingin membantu, boleh menggunakan masjid sebagai tempat untuk menyalurkan bantuan. Bantuan bukan hanya dari segi secara percuma mungkin juga barang-barang yang boleh di jual pada harga berpatutan.

Mungkin juga tiba masanya untuk kita kurang menggunakan kenderaan. Saya pernah di beritahu bahawa lebih afdhal untuk berjalan ke masjid. Mungkin juga kita boleh kembali berbasikal untuk jarak yang dekat.

Negara-negara di Eropah sudah sekian lama berbasikal dan berjalan kaki untuk ke destinasi masing-masing. Berbanding dengan Malaysia, di sana lebih sejuk atauterlalu panas.
Pihak kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan perlu menyediakanprasarana yang lebih efektif, canggih dan efisyen supaya di serata Malaysia mereka akan kurang menggunakan kenderaan.

Bawa kembali tram yang menggunakan landasan dan elektrik. Kenapa ia telah di hentikan tidak pula saya tahu. Tetapi di kebanyakan negara-negara maju, tram masih di gunakan. Ia berjalan seiring dengan trafik yang lain.

Jika kita duduk dan bermuafakat untuk mencari jawapan, Insyaallah kita akan dapat tanganinya bersama tanpa perlu demonstrasi. Jika kita terus demonstrasi mungkin ada pelabur yang tak akan masuk dan yang ada mungkin akan keluar jika keadaan semakin tidak menentu untuk mereka. Spiral effect akan melibatkan berbagai pihak dan kemudian di manakah kita selepas itu?

Pekerjaan makin kurang, yang sedang bekerja terpaksa dihentikan. Pembangunan akan berkurangan dan sebagainya. Tidak perlulah kita berdemonstrasi yang hanya akan merugikan masa yang sepatutnya di gunakan untuk menjaga kepentingan keluarga dan masyarakat.

PS : Berikut adalah artikel yang dikirim melalui e-mail kepada penulis, dan menarik untuk dikongsi bersama pembaca sekalian.

1 comment:

AIDC said...

Salam

Betulkah Anwar Agen Amerika ? http://www.youtube.com/watch?v=2Sc5irk1zHk

Anwar sokong Amerika serang Iraq http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s

Betulkah Anwar terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...