05 June 2008

MP INDIA DAN CINA HANYALAH PAK PACAK

Senario politik tika ini dilihat semakin hari semakin kusut dan merunsingkan. Natijah dari keputusan pilihanraya yang lalu, dilihat semakin memberikan tekanan kepada kerajaan.

Hari demi hari, pelbagai isu melanda kepimpinan Pak Lah yang mencabar kredibilitinya sebagai perdana menteri. Terbaru adalah mengenai sidang dewan rakyat yang kurang mendapat sokongan dan penglibatan ahli parlimen bukan melayu.

Ini kerana sekiranya kita merupakan penonton sidang dewan rakyat ytang dipancarkan secara terus menerus itu pasti kita akan dapat melihat kepincangan. Bagi yang gemar memerhati, pasti mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kepincangan itu.

Penulis tidak berminat mempertikai kewibawaan ahli parlimen pembangkang, kerana umum mengetahui mereka memang tidak pernah bersetuju dengan kerajaan. Oleh itu mereka di gelarkan sebagai pembangkang.

Apa yang ingin penulis bawa ketika ini, ialah perihal ahli-ahli parlimen kerajaan yang terdiri dari mereka yang berbangsa cina dan india. Walaupun mereka tidak menkritik kerajaan sepanjang berlangsungnya sidang rakyat, tapi mereka lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri.

Inilah suatu yang amat menyedihkan hati penulis, walaupun mereka berada di pihak kerajaan, namun di masa yang sama mereka tidak pernah tampil untuk membela kerajaan. Sepanjang aturcara sidang dewan rakyat, mereka lebih gemar melihat ahli parlimen kerajaan di asak dari pelbagai sudut oleh pembangkang.

Mereka ini seolah-olah penonton dan bukannya peserta yang bersama-sama menentang pembangkang sepanjang seisi perbahasan. Adalah benar mereka bukanlah mereka yang menentang kerajaan tapi di masa yang sama mereka juga bukan penyokong kerajaan yang ‘total’.

Tidak keterlaluan jika di katakan, mereka ini lebih merbahaya dari pembangkang. Ini kerana pembangkang secara terang menyatakan mereka tidak sehaluan dengan kerajaan, tetapi mereka ini hanya menyatakan sokongan semata-mata untuk memenuhkan kuota kerusi bagi bukan melayu.

Melayu Harus Sedar

Pada pendapat penulis, ini lebih merbahaya dan harus diberikan perhatian yang serius. Kepada orang melayu, isu ini seharusnya membuatkan mereka lebih sedar akan peri pentingnya perpaduan dan penyatuan semula.

Penulis tidak berniat untuk membawakan sentimen perkauman ataupun menyentuh isu-isu sensitif. Tapi perkara ini perlu di bincangkan bagi membolehkan melayu sedar akan nasib yang bakal menimpa seandainya mereka terus berpecah dan bercakaran sesama sendiri.

Di dalam sidang dewan contohnya, kita seolah-olah dibawa menyorot kembali pengalaman ketika zaman kanak-kanak yang gemar untuk bergaduh waima untuk isu yang remeh-temeh. Dan di masa yang sama akan ada pemerhati yang menjadi ‘orang atas pagar’ dan akan berkawan kepada mereka yang menang sahaja.

Mungkin tuduhan ini agak berat, tapi itulah yang penulis rasa di saat ini. Sidang perbahasan yang tak ubah seperti pasar dan dimasa yang sama duduk sekelompok mereka yang hanya bertindak sebagai pemerhati.

Selain dari itu, sekiranya kita memerhati perkembangan politik secara mendalam, penyokong kerajan yang di atas pagar ini juga tidak pernah memberikan sokongan yang kuat kepada kerajaan terutama kepada Pak Lah sebagai pemimpin no 1 negara.

Mereka hanya berdiri sebagai ahli parlimen kerajaann tapi bukan sebagai penyokong kerajaan. Inilah satu isu yang pada pendapat penulis lebih rumit berbanding isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir.

Penulis berpendapat MP bukan melayu seharusnya lebih berprinsip dan bermaruah dengan mengamalkan budaya setia dan tidak sesekali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh UMNO.

Mereka juga sewajarnya bersama-sama mengembling sepenuh tenaga dan usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional dan bukan bertindak sebagai pemerhati semata-mata.

Dan dengan cara itu, ia secara tidak langsung akan memberikan gambaran kepada pembangkang, walaupun Barisan Nasional mengalami ‘tsunami politik’ ketika pilihanraya yang lalu semua parti komponen masih tetap setia dengan pucuk pimpinan parti.

Akhirkata, mereka yang bergelar sebagai ahli politik negara ini, seharusnya sedar akan peri pentingnya sokongan yang padu dan taat setia kepada pemimpin bagi memastikan negara ini terus harmoni dan sejahtera.

1 comment:

Anonymous said...

kepada penulis...
Saya fikir penulis agak emosi dan tertekan kepada situasi politik dan mungkin saya boleh katakan "terancam" pada bangsa anda.Jika penulis fikir MP India dan Cina adalah Pak Pacak;then apakah nama untuk MP Melayu pula.Boleh kami juga katakan Pak Turut,Katak Bawah Tempurung atau lebih sesuai Pengkhianat sesama anda(ahli politik Melayu).Jika saudara fikir ahli politik MP India dan Cina tidak memberi kerjasama kepada PM,then you are absoulety WRONG.Jika kami tidak suka kepada sesuatu ahli politik atau MP;we will show our non-satisfied.Contohnya Menteri Kerjaraya Dato'S.Samy Vellu.Kami bukanya jenis yang "menikam dari belakang".Ini bukannya ditulis dengan perasaan marah atau benci tetapi penulis fikirkanlah sendiri.Kami terpaksa berdaya saing untuk mencapai kejayaan tetapi walaupun anda di bantu oleh kerajaan,tetapi anda jugalah yang mengkritik dan menjatuhkan kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...