Penulis mengambil kesempatan cuti di hujung minggu ini untuk membuka blog-blog yang semakin hari semakin bersepah di dalam dunia siber ini. Di dalam banyak-banyak artikel yang dibaca, penulis tertarik untuk mengulas artikel berkenaan perjumpaan yang di lakukan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Blog tersebut mengatakan perjumpaan yang diadakan selama dua hari di Holiday Inn itu bertujuan untuk membincangkan keputusan Pilihanraya Raya Umum ke-12 yang lalu.
Ini kerana semasa pilihanraya umum yang lalu, Barisan Nasional secara jelas telah mengalami kemerosoton yang besar sehingga meneyebabkan mereka kehilangan empat buah negeri kepada pembangkang.
Semasa perjumpaan tersebut Rais Yatim di laporkan telah mengesa Pak Lah untuk berundur dengan segera dan melepaskan jawatan tersebut kepada Najib Tun Razak. Rais Yatim turut menyebut beberapa nama yang kononya bersetuju dengan cadangan yang di buat itu.
Antara nama yang disebut ialah Muhyiddin Yassin, Azim Zabidi, Azalina Othman dan beberapa orang lagi. Mereka-mereka ini kononya telah bersetuju untuk mendesak Pak lah melepaskan jawatan perdana menteri dengan segera bagi membolehkan Najib membaiki semula kelemahan-kelemahan yang ada.
Walaupun pun begitu, penulis merasa sedikit sangsi dengan kenyataan yang dibuat oleh Rais Yatim ini. Ini kerana antara nama-nama yang disebut sebagai menyokong beliau, adalah terdiri dari mereka yang dikenali sebagai ‘hardcore’ kepada pak Lah.
Terutamanya Azalina yang dilaporkan turut bersetuju untuk meminta Pak Lah melakukan peralihan kuasa dengan kadar yang segera. Sedangakan umum mengetahui Azalina adalah merupakan penyokong setia kepada Pak Lah.
Bermula dari zaman Puteri Umno kemudian peralihan kuasa di antara Tun dan Pak Lah hinggalah kepada sekarang, Azalina adalah mereka yang sentiasa bersama Pak Lah. Yang terbaru Azalina turut menyokong kenyataan yang dibuat oleh Ismail Sabri meminta Mokhzani melepaskan jawatannya di dalam SIC.
Sedangkan sekiranya benar Azalina tidak bersama-sama Pak Lah untuk apa beliau tampil memberikan kenyataan terbuka mengenai Mokhzani. Ini kerana sekiranya benar beliau tidak bersama dengan Pak Lah, kenyataan yang di lakukan itu tidak ubah seperti membunuh diri (kiasan politik). Sementelah lagi pemilihan Umno yang bakal dilakukan tidak lama lagi bakal mengakibatkan beliau tidak mendapat undi dari golongan penyokong Tun Mahathir.
Sebelum ini Azalina juga terkenal sebagai pemimpin muda yang ‘vokal’. Beliau juga sering di lihat menyelar beberapa pemimpin baik dari UMNO mahupun sebaliknya yang begitu kritis di dalam mengkritik kepimpinan Pak Lah. Oleh itu adalah suatu yang hairan untuk mengaitkan Azalina sebagai orang yang bersama-sama menyokong gesaan yang mahukan Pak Lah berundur.
Apa yang penulis faham dari maksud tersirat penulisan artikel terseut ialah, semata-mata mahu melaga-lagakan Azalina dengan Pak Lah. Dengan itu Azalina bakal kehilangan ‘kasih sayang’ dari Pak Lah. Dan seterusnya menyebabkan beliau tidak lagi diberikan kepercayaan untuk bersama-sama duduk di dalam saf kabinet.
Ada juga di kalangan rakan-rakan yang merasakan ia adalah perbuatan musuh-musuh politik Azalina yang mahu menamatkan riwayat politik peguam muda ini. Ini kerana dengar tersebarnya berita ini, berkemungkinan menyebabkan Pak Lah hilang kepercayaan kepada Azalina dan mengeluarkan beliau dari senarai ‘orang kuatnya’.
Oleh itu perjalanan politik Azalina akan menjadi pendek dan singkat. Sedangkan itu Azalina memang seorang yang setia kepada bosnya. Menurut hemat penulis, setia kepada ketua adalah prinsip yang sentiasa didokong oleh Azalina sejak dahulu lagi.
No comments:
Post a Comment