"Ini adalah keputusan yang sebenar dan baik, kami amat berterima kasih kepada hakim di atas keputusan yang di buat. Selebihnya biarlah mahkamah yang menentukan kerana ia masih dalam proses perbicaraan."
Itulah antara komen yang di berikan, ketika di minta mengulas keputusan yang di buat oleh mahkamah ke atas kes DUN Sanglang. Pertamanya ini adalah merupakan kali pertama penulis mendengar kata-kata seumpama itu keluar dari mulut seorang yang bergelar pembangkang.
Dan keduanya, antara sedar atau tidak, buat pertama kalinya pembangkang sudah mula menerima perubahan yang di bawakan oleh Pak Lah. Perubahan demi perubahan yang di laksanakan ketika ini adalah merupakan antara isu yang sering di bawa oleh mereka suatu ketika dahulu.
Andai di teliti, kebanyakkan isu yang di bawa oleh mereka sepanjang pemerintahan Mahathir dulu telah banyak yang di penuhi oleh Pak Lah ketika ini. Namun ini bukan bermakna Pak Lah sudah mula gerun dengan pembangkang, tetapi mungkin merasakan apa yang dibangkitkan itu ada asasnya.
Namun untuk menyatakan sepenuhnya sokongan kepada Pak Lah adalah merupakan satu yang mustahil, kerana ia melibatkan soal ego yang ramai orang tidak mampu untuk menghadapinya. Maka jalan terbaik adalah menyatakan sokongan dengan cara yang tidak langsung.
Walaupun begitu, setidak-tidaknya mereka sudah mula sedar dan merasakan apa yang cuba di ubah oleh Pak Lah ini adalah apa yang pernah mereka suara suatu ketika dahulu dan untuk kebaikan untuk rakyat. Maka penulis merasakan pada ketika ini, itu sudah memadai. Kerana bukan satu perkara yang mudah membuatkan pembangkang menerima apa kita yang lakukan.
Untuk Pak Lah, teruskanlah dengan cara dan pembaharuan yang di bawa ini. Jangan mengalah dengan kritikan yang di lemparkan oleh mereka yang tidak sehaluan. Selagi apa yang ingin dilakukan ini betul dan untuk kebaikan rakyat.
Nabi Muhammad juga suatu ketika dahulu semasa menyampikan dakwah, menerima tentangan yang dasyat sehinggakan pernah suatu ketika, baginda di ancam bunuh oleh pihak musuh. Namun berkat kesabaran, dakwah baginda berjaya, hinggakan suatu ketika dahulu Islam pernah berjaya menguasai 2/3 dunia.
Bukan niat menyamakan Pak Lah dengan Nabi Muhammad, tapi apa yang ingin penulis sampaikan setiap kebaikan dan pembaharuan yang di bawa pasti akan ditentang oleh mereka-mereka yang berniat jahat.
Berbalik kepada isu DUN Sanglang, walaupun kemenangan BN di kerusi itu telah di batalkan oleh mahkamah. Namun di satu sudut ianya adalah merupakan kemenangan buat Pak Lah, kerana sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat kepada kerajaan akan kembali berputik.
Dengan keputusan itu juga, intergriti badan kehakiman berjaya di pulihkan, dan membuktikan akan ketelusan perlaksanaan undang-undang di negara ini. Ia juga membuktikan tidak akan ada lagi campur tangan pihak tertentu dalam proses keadilan.
Corect.. Corect.. Corect... Syabas buat Pak Lah.
No comments:
Post a Comment