Mahkamah
Tinggi baru-baru ini telah mengeluarkan laporan penuh mengenai Alasan
Penghakiman Penuh berhubung kes liwat Saiful Bukhari. Dan sebagai warganegara
yang merasakan dirinya telah di aniaya adalah wajar untuk Saiful Bukhari diberikan
pengadilan yang sewajarnya. Sekiranya sebelum ini barisan peguam Anwar Ibrahim
mengunakan sebaik mungkin haknya melalui pelbagai ruang dan peluangnya untuk mengemukkan
pelbagai bantahan dan permohonan yang ada kalanya tidak masuk akal sehingga
menyebabkan kes ini tertangguh buat sekian lamanya.
Maka
adalah penting untuk barisan Peguam Negara juga mengambil kira agar Saiful
Bukhari diberi dan di tunaikan haknya melalui proses rayuan. Walaupun wujud
pelbagai desakan agar kes ini di tutup namun bagi menghormati hak Saiful Bukhari
adalah wajar agar ia di pertimbangkan.
Persoalanya
di manakah ‘Bar Council’ sebagai sebuah badan yang memantau bagi memastikan hak
dan keadilan berjalan di landasan yang sebenar. Sebelum ini, badan yang kononnya
tidak dipengaruhi oleh ideologi politik ini begitu hebat untuk bangkit
memperjuangkan isu-isu yang melibatkan perundangan negara. Maka mengapa tiada seorang
pun wakil dari Bar Council tampil untuk memperjuangkan hak Saiful atau
sekurang-kurangnya memberikan khidmat nasihat kepada beliau.
Itupun sekiranya
benar, mereka neutral dan professional serta tidak berkiblatkan fahaman
pembangkang untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai contoh, ketika himpunan Bersih yang lalu, Bar Council antara mereka
yang berada di barisan hadapan sekali untuk menyediakan barisan peguam bagi
membela para perusuh yang di tahan.
Atas nama hak
asasi mereka menjerit-jerit agar mereka yang di tahan itu dibebaskan segera,
tidak cukup dengan itu mereka juga tampil untuk mengesa agar pihak polis
menjalankan siasatan terhadap anggota polis yang kononnya telah melakukan pelbagai
kekerasan dan salah laku ketika himpunan tersebut.
Tapi
untuk kes Saiful Bukhari, mereka yang berselindung di sebalik jubah peguam ini
dan pertubuhan Bar Council ini hanya
membatukan diri dan senyap seribu bahasa. Ini kerana kes ini melibatkan seorang
individu bernama Anwar Ibrahim. Jadi benarlah dakwaan selama ini bahawa Bar
Council hanya memilih kes-kes yang melibatkan dan memberi kelebihan kepada
pembangkang.
Oleh
yang demikian, badan peguam ini tidak lagi relevan kerana mereka hanya membawa
kes-kes tertentu. Oleh yang demikian adalah wajar untuk badan ini dibubarkan
dan ahli-ahlinya menyertai parti politik secara langsung seperti yang dipraktikan
oleh Karpal Singh dan kaum keluarganya. Atau ada lebih baik nama Bar Council
itu diubahkan kepada Badan Peguam Untuk Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment