Insiden yang berlaku di perkarangan kompleks B,
Jabatan Perdana Menteri petang tadi benar-benar mencemaskan semua. Seorang
lelaki bersama seorang wanita telah menceroboh untuk masuk dengan meletakkan
pedang samurai di leher anggota polis bantuan yang sedang bertugas. Kerana
keadaan yang mencemaskan itu, anggota polis bantuan itu terpaksa membenarkan
mereka untuk masuk.
Setelah
masuk, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang samurainya hingga merosakkan
dua cermin kerta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
Setelah ketibaan polis, suspek cuba untuk menyerang dan telah memaksa anggota
polis melepaskan tiga das tembakan. Akhirnya suspek dan wanita tersebut tewas
dan dihantar ke hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. Namun suspek yang
telah mengalami kecederaan di tangan kanan dan bahagian ari-ari itu akhirnya
meninggal dunia di hospital ketika sedang mendapatkan rawatan.
Menurut
siasatan awal, suspek yang mendakwa dirinya sebagai Iman Mahdi berhasrat untuk
mengulingkan kerajaan. Peristiwa yang berlaku itu, seharusnya dijadikan iktibar
oleh masyarakat dan rakyat Malaysia. Ini kerana tindakan mereka yang taksud
dalam beragama boleh mengakibatkan kesan buruk dan bukan merupakan ajaran Nabi
Muhammad saw.
Ini kerana
sikap fanatik dan taksub merupakan sifat yang keterlaluan. Sifat ini amat
dilarang oleh Allah SWT terhadap umat terdahulu terutama bagi ahli kitab. Allah
SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Wahai ahli al-kitab, janganlah kamu
berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang yang sesat dahulunya (sebelum
kedatangan Muhammad) dan mereka menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka
sesat dari jalan yang lurus.” (Surah al-Maidah, ayat 77)
Yusof
al-Qaradhawi dalam kitabnya, as-Sahwah al-Islamiyyah mentakrifkan sifat
melampau dalam bahasa Arab dengan ‘al-ghuluw’ (melampau) dan ‘at-tasydid’
(mengetat) (lihat). Sifat itu dilarang dalam Islam kerana bertentangan dengan
sifat sederhana, adil dan seimbang, manakala sifat berlapang dada atau
‘tasamuh’, hendaklah diutamakan umat Islam, lebih-lebih lagi apabila kita
berada dalam masyarakat majmuk bagi memelihara perpaduan antara kaum di samping
dapat mempamerkan keindahan Islam sendiri.
Mungkin apa
yang ingin dikatakan ini, tidak disukai oleh para pengikut Pas. Ini kerana
budaya taksud dan fanatik agama ini telah lama disemai oleh pimpinan Pas sejak
dahulu lagi. Mereka merasakan Pas adalah merupakan parti yang memperjuangkan
Islam berbanding UMNO. Sehinggakan pernah suatu ketika, sembelihan orang Umno
haram di makan, sembahyang dua imam dan pernah berlaku rumahtangga yang dibina
runtuh hanya kerana suami dan isteri berlainan fahaman ideologi.
Untuk
mereka yang pernah menghadiri ceramah-ceramah Pas pasti bersetuju dengan
kenyataan ini. Dengan ucapan yang penuh bersemangat, mereka akan sedaya upaya
mewujudkan sentimen kebencian terhadap Umno kononnya tidak Islamik. Maka
menjadi kewajipan kepada perjuangan mereka untuk memastikan pemerintahan Umno
ditumbangkan.
Itu belum
lagi ucapan yang menawarkan syurga ketika ucapan dan ceramah yang diadakan,
baik secara terus mahupun secara berselindung mereka akan cuba mengambarkan
perjuangan mereka ini adalah merupakan perjuangan Islam.
Sekiranya
Umno cuba membawa pendekatan kesederhanaan dalam agama, mereka akan menuduh
pemerintah cuba membawa pendekatan memisahkan agama dan politik. Ternyata mereka
gagal memahami Islam itu sendiri dan hanya merasakan ucapan dan kenyataan tok
guru mereka adalah merupakan fatwa yang haram untuk di engkari. Fahaman mereka
hanya merupakan fahaman yang taksub sedangkan kesederhanaan atau ‘wasatiyyah’
adalah merupakan salah satu dari cabang Islam itu sendiri.
Benar,
peristiwa petang tadi masih lagi di dalam siasatan, dan masih terlalu awal
untuk mengaitkan Pas sebagai pencetus kepada insiden tersebut. Namun perbuatan
mangsa pada petang tadi adalah merupakan salah satu contoh ketabsuhan terhadap
ideologi selari dengan ajaran tok-tok guru dalam Pas. Kes Memali yang telah
mengorbankan seramai 14 orang suatu ketika dahulu perlu dijadikan iktibar,
kerana ia adalah merupakan fatwa Hadi Awang yang menjadi pencetus terhadap tragedi
berdarah itu.
Untuk
pengetahuan, fatwa yang dikeluarkan suatu ketika dahulu itu, masih lagi belum
ditarik balik oleh Hadi Awang atau dalam erti kata mudah ada kemungkinan masih
digunakan pakai oleh pemgikut Pas sehingga ke hari ini. Sekiranya mereka jujur
kepada agama Islam, Hadi Awang perlu memikul tanggungjawab atas tindakannya
suatu ketika dahulu, bagi mengelakkan ia memakan lebih banyak korban. Ini
kerana sebarang korban yang disebabkan fatwa tersebut adalah merupakan korban
yang mati dalam keadaan yang sia-sia.
No comments:
Post a Comment