Showing posts with label Agenda Bumiputera. Show all posts
Showing posts with label Agenda Bumiputera. Show all posts

12 September 2013

Transformasi Ekonomi Bumiputera @NajibRazak @TERAJUofficial




Sejak merdeka, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberikan impak kepada ekonomi bumiputera di negara ini. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1971 banyak mengangkat taraf hidup bumiputera di negara ini.

Kadar kemiskinan turun dari 64.8% pada 1970 kepada sekitar 5.3% pada tahun 2009; dan bilangan profesional bumiputera meningkat dari 5% kepada 45% (51,306 orang) daripada jumlah keseluruhan profesional dalam tempoh yang sama. Begitu juga peratusan bumiputera dalam pengurusan meningkat daripada 22% pada 1970 kepada 43% pada 2009; walaupun sebahagian besar mereka menjawat jawatan ini dalam sektor kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...