Sejak merdeka,
kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberikan impak kepada
ekonomi bumiputera di negara ini. Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak
Hussein pada 1971 banyak mengangkat taraf hidup bumiputera di negara ini.
Kadar kemiskinan
turun dari 64.8% pada 1970 kepada sekitar 5.3% pada tahun 2009; dan bilangan
profesional bumiputera meningkat dari 5% kepada 45% (51,306 orang) daripada
jumlah keseluruhan profesional dalam tempoh yang sama. Begitu juga peratusan
bumiputera dalam pengurusan meningkat daripada 22% pada 1970 kepada 43% pada
2009; walaupun sebahagian besar mereka menjawat jawatan ini dalam sektor
kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).