Showing posts with label Malaya. Show all posts
Showing posts with label Malaya. Show all posts

30 August 2013

Menyanggah Pemutar Belit Sejarah




Untuk mengatakan bahawa Malaya ditadbir secara demokratik di bawah pemerintahan British adalah kurang bijak. Dan, untuk mengeluarkan dakwaan 'terbaharu' hanya lima hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 kononnya - asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain - juga kurang cerdik.

Tiada tanah jajahan waktu sebelum era merdeka yang boleh mengharapkan tanggapan seperti ini, walaupun di negeri-negeri Kesultanan Melayu yang lebih dikenali sebagai naungan British dan bukannya tanah jajahan secara terang-terangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...