Untuk mengatakan bahawa Malaya
ditadbir secara demokratik di bawah pemerintahan British adalah kurang bijak. Dan,
untuk mengeluarkan dakwaan 'terbaharu' hanya
lima hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 kononnya - asas
kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan
mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang
lain - juga kurang cerdik.
Tiada tanah jajahan waktu sebelum
era merdeka yang boleh mengharapkan tanggapan seperti ini, walaupun di
negeri-negeri Kesultanan Melayu yang lebih dikenali sebagai naungan British dan
bukannya tanah jajahan secara terang-terangan.