![]() |
| Keadaan mangsa yang melekat dan tersepit di bahagian cermin hadapan kereta dalam kemalangan pagi, semalam. Gambar kecil: Tangan kanan mangsa yang putus. |
Seorang warga emas
maut dalam keadaan mengerikan akibat tangan kanan mangsa putus selepas terlibat
dalam kemalangan di sini, semalam. Siew Yoke Kow, 77, di sahkan meninggal dunia
di tempat kejadian kemalangan jalan raya itu di Jalan Kamunting - Taiping
berhadapan dengan sebuah bank di sini, kira-kira jam 8.20 pagi.
Ketua Polis Daerah
Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian terbabit
difahamkan sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu oleh seorang lelaki
berusia 29 tahun telah melanggar mangsa yang berjalan kaki dan ingin melintas
jalan.
