Semua parti komponen Barisan Nasional (BN)
yang mewakili kaum India perlu bergabung sebagai sebuah parti tunggal untuk
pembangunan dan kepentingan kaum itu. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor berkata tidak ada gunanya kesemua parti itu bersaing sesama
sendiri, sebaliknya mereka perlu menjalin kerjasama demi kepentingan dan
pembangunan masyarakat India di negara ini.
Mereka sepatutnya duduk semeja dan merangka
strategi bagaimana dapat membela nasib dan mencapai aspirasi kaum India dengan
lebih berkesan, katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Parti Makkal
Sakti Malaysia kali kelima di sini hari ini.