Showing posts with label Wira Perkasa. Show all posts
Showing posts with label Wira Perkasa. Show all posts

07 September 2013

Ibrahim Ali Wajar Pecat Ketua Wira Perkasa @IrwanFahmiid @WiraPerkasa




Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sekali lagi mengulangi kenyataannya agar Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi, meminta maaf kepada Dato’ Seri Najib Razak kerana mendesak beliau agar meletak jawatan. Desakan Irwan Fahmi dibuat melalui blognya yang kemudiannya tersebar luas di laman-laman sosial.

Alasan Irwan ialah Dato’ Seri Najib telah gagal menjaga kepentingan bumiputera sepanjang pemerintahannya. Selaku Perdana Mneteri, Najib juga dituduh terlalu menjaga kepentingan minoriti dan terdesak meraih undi mereka.

Kenyataan Irwan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat berkenaan apa yang sedang berlaku dalam kerajaan. Apatah lagi dengan desas-desus yang tersebar berkenaan pertemuan Perkasa dengan Dato’ Seri Najib yang dikatakan ‘panas’ di mana Perkasa dikatakan mempersoalkan perkara yang sama, iaitu meminta Dato’ Seri Najib berundur.

30 August 2013

Kenyataan Ketua Wira PERKASA Bersifat Peribadi – Ibrahim Ali




Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan. Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi.

“Saya nafi dengan keras,” katanya.

29 August 2013

Kenyataan Wira Perkasa, Adalah Pandangan Peribadi




Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang membuat kenyataan dalam blognya yang bertajuk ‘Sudah Cukup Segalanya DiGadai, Haji Najib Wajar Letak Jawatan’, nampaknya keseorangan.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang terkejut dengan kenyataan Irwan Fahmi menjelaskan bahawa Perkasa tidak pernah mengambil pendirian sedemikian. Walaupun Perkasa agak lantang mengkritik Dato’ Seri Najib dalam mencaturkan PRU-13, namun pertubuhan itu tidak pernah mendesak beliau meletakkan jawatan.

27 August 2013

Kenyataan Ketua Wira Perkasa, Untuk Raih Populariti




Blog-blog pakatan pembangkang sejak semalam, begitu ghairah memaparkan kenyataan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas alasan kononnya telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya. Kelihatan mereka begitu seronok apabila ada yang keluarkan kenyataan menghentam Perdana Menteri.

Tapi itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah pembangkang untuk menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang pelik, apabila mereka tidak lagi menghentam dan mula memuji kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...