Penyanyi yang popular dengan lagu Matahariku, Agnes Monica dikritik hebat berikutan penampilannya semasa menghadiri satu majlis hiburan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Bukan kerana pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Music Entertainment atau aktor Hollywood, Jamie Foxx tetapi pemilihan busana yang digayakannya rata-rata menjadi bahan bualan peminat di laman Twitternya.
