Showing posts with label Dasar Perpaduan Negara. Show all posts
Showing posts with label Dasar Perpaduan Negara. Show all posts

14 September 2013

Teks Ucapan YAB PM @NajibRazak Di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera



MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
OLEH
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU),
JAM 10.00 PAGI,
BERTEMPAT DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.

---------------------------------------------------------------------------------------------

1.       Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya.

2.       Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...