Perkenalan menerusi
laman sosial Facebook akhirnya meninggalkan sejarah hitam buat seorang gadis
berusia 16 tahun apabila dia disahkan hamil lima bulan. Dalam kejadian Mac
lalu, mangsa yang tinggal di Cheras membuat keputusan untuk berjumpa suspek di
pekan Meru, di sini.
Ketua Polis Daerah
Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, berkata mangsa kemudian
mengikuti lelaki berkenaan ke rumahnya. “Gerakan dilancarkan bagi memburu
suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol
mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.