Pertubuhan Ilmuan
Malaysia menyokong sepenuhnya cadangan agar UMNO diberi lebih ruang serta
peluang kepada golongan agama bagi bersama-sama parti itu demi masa depan Islam
dan Melayu.
Penasihat
Eksekutifnya, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, cadangan itu wajar
diperhalusi dan dipertimbangkan kerana dilihat sejajar dengan agenda
transformasi parti yang sedang dilakukan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
