Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal dijatuhkan hukuman penjara 100 bulan oleh mahkamah sesyen di sini, hari ini kerana didapati bersalah mencabul seorang kanak-kanak perempuan dua tahun lalu.
Hukuman itu diarahkan
berjalan bermula hari ini oleh hakim, Zainol Rashid Hussain. Tertuduh yang
berusia 55 tahun didapati bersalah melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak
berusia 6 tahun.
