Showing posts with label Kumpulan Forteen. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Forteen. Show all posts

14 September 2013

Pelakon Izzue Islam Luah Rasa Bersalah @IzzueIslam




Penyanyi dan pelakon Izzue Islam meluahkan rasa bersalah terhadap kumpulannya iaitu Forteen kerana tidak memberi komitmen sepenuhnya terhadap grup itu. Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzue Islam Mazlan, 23, berkata, dia tidak dapat menyertai aktiviti kumpulan tersebut jika jadual kerjanya bertindan dengan penggambaran.

"Kadang-kala memang terdetik rasa bersalah pada diri saya kerana tidak dapat menyertai persembahan Forteen kerana sibuk dengan penggambaran. Bagaimanapun saya bersyukur kerana pihak produksi dan ahli-ahli Forteen yang lain memahami kerja saya dan tidak pernah mempertikaikan perkara tersebut," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...