Showing posts with label Mati Pada Malam Pertama. Show all posts
Showing posts with label Mati Pada Malam Pertama. Show all posts

11 September 2013

Budak Perempuan 8 Tahun, Mati Selepas Malam Pertama Perkahwinannya




Seorang kanak-kanak perempuan yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua dilaporkan telah meninggal dunia akibat ‘kecederaan dalaman’ yang dialami pada malam perkahwinannya. Gadis lapan tahun itu, yang dikenali sebagai Rawan, telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia 40 tahun oleh keluarganya.

Beliau meninggal dunia di kawasan barat Yemen, berhampiran dengan sempadan dengan Arab Saudi. Pejuang hak asasi manusia, sedang menjalankan kempen untuk menuntut agar pengantin lelaki dan keluarganya kanak-kanak tersebut ditangkap. Para aktivis tersebut berharap kematian kanak-kanak itu akan menghentikan amalan berkahwin dengan kanak-kanak kecil yang dikatakan semakin berleluasa di negara itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...