Kata orang, jika kita
tidak belajar dari kesilapan maka kita akan dihukum mengulangi kesilapan yang
sama berkali-kali. Jika kesilapan pertama menjadikan rumah kita retak,
kesilapan seterusnya pasti akan membuatkan rumah kita runtuh. Jika rumah kita
retak kerana kontraktor tidak punya kredibiliti, apakah kita akan menyuruh
kontraktor yang sama juga memperbaiki keretakan itu?
Kata orang bijaksana
pula, perkara pertama perlu ada pada mereka yang ingin menceburi politik ialah ‘kematangan’ dan perkara utama yang
tidak harus ada pada seorang ahli politik ialah sifat ‘naif’. Sedar atau tidak, sifat naïf pemimpin yang tidak menyedari
keadaan sebenar di peringkat rakyat serta cenderung menaruh kepercayaan kepada
pihak yang licik, merupakan bibit-bibit awal yang membawa kepada terjadinya 13
Mei 1969.
