Orang sering berkata,
rahsia kejayaan sesuatu karier itu ialah melakukan apa yang anda suka. Jika
perkara yang anda suka ialah bermain permainan komputer pastinya sukar untuk
membahagikan kegemaran anda itu dengan kerja.
Kesukaran itu tidak
menjadi masalah bagi seorang lelaki bernama Moru-Chan seorang penggemar
permainan komputer yang meraih pendapatan USD10,000 kira-kira RM32,000 selepas
bermain satu permainan komputer selama tiga bulan. Jika kegeraman anda
menghabiskan masa lapang bermain permainan online seperti World of Warcraft of
Guild Wars, pasti anda mahukan pekerjaan seperti Moru-Chan.
