Muzakarah Khas
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang
bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah itu
telah memutuskan bahawa:
1)
Bersetuju supaya keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas
Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti
berikut: Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah
mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyah dan
Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia dimansuhkan.
2)
Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia
hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.