Pas kawasan Bagan
Serai sebulat suara menuntut PKR ‘memulangkan’ semula kerusi Parlimen Bagan
Serai dan Dun Alor Pongsu yang ‘dipinjamkan’ pada dua Pilihan Raya Umum (PRU)
terdahulu.
Yang Dipertua (YDP)
Pas kawasan Bagan Serai, Ramli Tusin berkata, tuntutan itu dikemukakan tiga
cawangan parti itu iaitu dari Masjid Tinggi, Parit Haji Ali dan Parit Haji Taib
dalam Mesyuarat Agung Pas cawangan serta dipersetujui untuk dibahaskan pada
Muktamar Pas dijangka diadakan pada November hadapan.
